Wednesday, June 15, 2016
Hati..
Kadang kadang manusia berubah.. Bukan kerana kehendak mereka.. Tapi kerana masa. dan kerana orang sekeliling yang buatkan dia berubah,,
Dari sang gadis yang lembut berubah menjadi seorang yang keras hati,
Monday, June 13, 2016
tembok dalam hati
Dear
diary,….
Ada satu
kisah, mengenai seorang gadis kecil yang hidupnya hanya menyepi di dalam istana
dinginnya. Keras. Sedingin air batu.
Dan ini
kisah dirinya,.
5 tahun dia
membina tembok, tembok konkrit keras di dalam hati yang tak mampu dipecahkan
sesiapa. Hatta dirinya sendiri. Hidupnya hanya bermain-main dalam persekitarannya.
Bukan tiada yang cuba untuk memecahkan tembok itu, membina pintu kecil menuju
istananya.. Ada.
Tapi semuanya
tak kesampaian kerana tembok itu terlalu kukuh. Dan tuan empunya badan sendiri
tidak pernah mencuba untuk membantu mana-mana sang jejaka untuk merobohkannya.
Hingga la
satu hari, hati kecilnya berdetak. Untuk yang kesekian kalinya, ia berdegup
kencang. Tembok yang dibina bertahun-tahun, perlahan-lahan mula mencair. Hancur
menyembah tanah.
Mungkin
juga doa buat sang Pencipta mula memainkan peranan,.. Mungkin juga hati
kecilnya mula terbuka untuk sang jejaka.
Dan bila
dua hati yang pernah teruk dikecewakan bertemu... Perasaan takut itu takkan
pernah hilang.
Takut akan
kehilangan, takut akan kekecewaan, takut dipermainkan…..
Cuma satu
yang mampu mereka lakukan, doa. Doa dan terus berdoa. Agar segalanya
dipermudahkan oleh sang Pencipta.
Kerana mereka tahu. Hati manusia itu Dia yang
pegang. Hanya dia yang mampu untuk menggerakkan dua hati untuk terus bersama,
lalu menjadi satu.
Tuhan,
andai ini yang terbaik untuk aku dan dirinya, permudahkan la..
Andai ini
hanya satu lagi episod kedukaan dalam hidup kami berdua, aku mohon.. Mohon
beri kami kekuatan untuk hentikan semua ini.
Kalau niat
kita betul, Tuhan pasti tolong. In Shaa Allah….
Wednesday, June 17, 2015
Bad teacher Good teacher.. Whatever~
Menjadi seorang guru tak semudah yang disangka.. At first aku imagine, "Alah.. cikgu je pun.. ajar sains sekolah rendah. Simple! Kacang goreng masin je..Cehh!"
Tapi......
Jadi cikgu la kau belajar macam-macam benda. Kalau dulu kerja SR, kau handle nepal kat kitchen, budak-budak kat floor, report atas meja, stock book yang pening tu.. Tapi jadi cikgu... Kau la segalanya untuk budak-budak tu.. Ececece,, Lebih pulak imaginasi aku nie. hahaha
yela.. tak payah belajar bidang jururawat.. kau la doktor diorang bila diorang luka. sakit. cuci luka.. sapu minyak kat perut. Even jururawat first class pun tak sapu minyak angin kat patient tau.. haha. bangga kejap..
and.. sekarang aku ajar budak tahun satu. matematik. dengar memang senang.. alah! mate je pun.. 1+1=2, 4-2=2
memang senang.. untuk kita yang da faham nie memang senang.. tapi nak memahamkan budak yang tak tau apa tu, tu yang payahnya.. dan.. tu yang seksanya.. tu belum masuk kes kau berlari kat luar kelas sebab kejar diorang nak suruh masuk kelas, berlari masuk toilet sebab nak suruh budak jangan main air, sampai becak becak ketiak.. busuk masam..
well... tu cikgu.. mungkin cikgu lain tak kena macam aku.. sebab diorang garang.. tapi bagi aku yang hampir 12 jam dibuli nie.. nak buat macam mana.. tak sampai hati nak marah.. paling teruk bila aku da malas nak marah diorang, aku geletek je sampai dia penat.. baru nak duduk diam.. jerit sampai terkeluar anak tekak pun dia buat derk je.. --'
dan... baru dua bulanaku jadi cikgu, and dua tahap aku ajar, da siap ada yang ngaku anak cikgu nana.. siap berebut yang tak tahan tu. lawak betul.. hurm,, yela.. cikgu nana tak kawen lagi.. tapi da ada dua orang anak... satu nama Hamizan,. satu nama Danish.. dan.. cerita pasal Danish...
meh nak story satu cerita... tadi masa aku tanda buku latihan diorang, Danish sibuk nak berkepit duduk sebelah aku.. dan kadang-kadang nakal sampai nak kongsi kerusi dengan aku.. hasilnya, aku terkepit dekat tengah dengan Danish kat sebelah kiri, Farhanah dekat sebelah kanan.. =_=" dan,,, nak dijadikan cerita.. Farhanah ni selalu usik Danish.. dia akan cakap, dia anak cikgu nana.. and Danish akan marah dia sebab buat statement macam tu.. tadi tiba-tiba Farhanah pergi cium pipi aku... dan nak tau reaksi Danish?? punya terkejut sampai dia ketuk kepala Farhanah dengan pembaris... ahaha tu kisah Danish dan Farhanah.. ada lagi satu kisah... Hadzriq
Hadzriq nie dari kelas belakang.. dia takkan join kawan dia main kat belakang kelas, dia lagi prefer duduk dekat kerusi dia dan buat buat tido bila kelas aku.. mula mula aku bengang la jugak, sampai aku heret kerusi dia dengan2 dia skali ke depan, duduk sebelah aku and buat kerja.. tapi kat situ aku realize satu benda.. dia tak reti menulis,. kalau kau tak guide dia.. kau tak boleh expect untuk dia salin sebijik macam apa yang kau tulis dekat papan putih.. dia tak tahu.. and sekarang, dia macam da jadi murid favourite aku pulak. setiap kali masa aku je.. dia akan duduk sebelah aku.. siapkan kerja.. dia tau tambah tolak.. dia kenal nombor.. cuma dia tak tahu nak buat sendiri... dan... dia tak tahu mengeja.. tapi yang kelakarnya,,, bila kau muncungkan mulut eja PULUH... dengan2 dia sekali ikut muncungkan mulut eja benda tu.. too cute to handle!
Sunday, August 3, 2014
When you fall in love. .. do you have a reason?
People said,
Love at first sight...
but for me... I fall in love when i see your smile for the first time..
.
.
.
well said...
Subscribe to:
Posts (Atom)