If you don't like me, turn your head and walk away.. Simple like that..

If you don't like me, turn your head and walk away.. Simple like that..
Seseorang pernah kata.. aku macam penggoda dalam senyap.. Tapi percaya la.. aku tak pernah berminat dengan benda "shit" macam tu..


About Me

My photo
Kuala Terengganu
saya seorang kakak yang garang..seorang anak gadis paling degil,, seorang cucu favourite yg giler dan seorang auntie Na yang sempoi... seorang kawan yang open,, seorang mek yang manja mungkin???~


2014

2014


Wednesday, June 15, 2016

Hati..


Kadang kadang manusia berubah.. Bukan kerana kehendak mereka.. Tapi kerana masa. dan kerana orang sekeliling yang buatkan dia berubah,,

Dari sang gadis yang lembut berubah menjadi seorang yang keras hati,

Monday, June 13, 2016

tembok dalam hati

Dear diary,….

Ada satu kisah, mengenai seorang gadis kecil yang hidupnya hanya menyepi di dalam istana dinginnya. Keras. Sedingin air batu.

Dan ini kisah dirinya,.

5 tahun dia membina tembok, tembok konkrit keras di dalam hati yang tak mampu dipecahkan sesiapa. Hatta dirinya sendiri. Hidupnya hanya bermain-main dalam persekitarannya. Bukan tiada yang cuba untuk memecahkan tembok itu, membina pintu kecil menuju istananya.. Ada.

Tapi semuanya tak kesampaian kerana tembok itu terlalu kukuh. Dan tuan empunya badan sendiri tidak pernah mencuba untuk membantu mana-mana sang jejaka untuk merobohkannya.

Hingga la satu hari, hati kecilnya berdetak. Untuk yang kesekian kalinya, ia berdegup kencang. Tembok yang dibina bertahun-tahun, perlahan-lahan mula mencair. Hancur menyembah tanah.

Mungkin juga doa buat sang Pencipta mula memainkan peranan,.. Mungkin juga hati kecilnya mula terbuka untuk sang jejaka.

Dan bila dua hati yang pernah teruk dikecewakan bertemu... Perasaan takut itu takkan pernah hilang.
Takut akan kehilangan, takut akan kekecewaan, takut dipermainkan…..

Cuma satu yang mampu mereka lakukan, doa. Doa dan terus berdoa. Agar segalanya dipermudahkan oleh sang Pencipta. 

Kerana mereka tahu. Hati manusia itu Dia yang pegang. Hanya dia yang mampu untuk menggerakkan dua hati untuk terus bersama, lalu menjadi satu.

Tuhan, andai ini yang terbaik untuk aku dan dirinya, permudahkan la..


Andai ini hanya satu lagi episod kedukaan dalam hidup kami berdua, aku mohon.. Mohon beri kami kekuatan untuk hentikan semua ini.


Kalau niat kita betul, Tuhan pasti tolong. In Shaa Allah….