Dear
diary,….
Ada satu
kisah, mengenai seorang gadis kecil yang hidupnya hanya menyepi di dalam istana
dinginnya. Keras. Sedingin air batu.
Dan ini
kisah dirinya,.
5 tahun dia
membina tembok, tembok konkrit keras di dalam hati yang tak mampu dipecahkan
sesiapa. Hatta dirinya sendiri. Hidupnya hanya bermain-main dalam persekitarannya.
Bukan tiada yang cuba untuk memecahkan tembok itu, membina pintu kecil menuju
istananya.. Ada.
Tapi semuanya
tak kesampaian kerana tembok itu terlalu kukuh. Dan tuan empunya badan sendiri
tidak pernah mencuba untuk membantu mana-mana sang jejaka untuk merobohkannya.
Hingga la
satu hari, hati kecilnya berdetak. Untuk yang kesekian kalinya, ia berdegup
kencang. Tembok yang dibina bertahun-tahun, perlahan-lahan mula mencair. Hancur
menyembah tanah.
Mungkin
juga doa buat sang Pencipta mula memainkan peranan,.. Mungkin juga hati
kecilnya mula terbuka untuk sang jejaka.
Dan bila
dua hati yang pernah teruk dikecewakan bertemu... Perasaan takut itu takkan
pernah hilang.
Takut akan
kehilangan, takut akan kekecewaan, takut dipermainkan…..
Cuma satu
yang mampu mereka lakukan, doa. Doa dan terus berdoa. Agar segalanya
dipermudahkan oleh sang Pencipta.
Kerana mereka tahu. Hati manusia itu Dia yang
pegang. Hanya dia yang mampu untuk menggerakkan dua hati untuk terus bersama,
lalu menjadi satu.
Tuhan,
andai ini yang terbaik untuk aku dan dirinya, permudahkan la..
Andai ini
hanya satu lagi episod kedukaan dalam hidup kami berdua, aku mohon.. Mohon
beri kami kekuatan untuk hentikan semua ini.
Kalau niat
kita betul, Tuhan pasti tolong. In Shaa Allah….
No comments:
Post a Comment